Image

TAJAAN DI KPTM

Beberapa Badan Penajaan di KPTM iaitu :

  • MARA
  • PTPTN
  • PUSAT ZAKAT / LEMBAGA ZAKAT NEGERI
  • YAYASAN NEGERI / KERAJAAN NEGERI

* Pihak kolej hanya akan membantu dalam proses permohonan MARA & PTPTN sahaja, manakala yang lain perlu dimohon oleh ibu bapa pelajar dengan bantuan pengesahan daripada pihak Kolej.

1. PERMOHONAN TAJAAN MARA

Lulus SPM dengan mendapat 3 kredit dalam mana-mana subjek

* SKM – Tahap 3 , Lulus BM & Sejarah(SPM).

* Sijil Vokasional Malaysia – Kepujian BM 1104, PNGK Akademik ≥2.00 , PNGK Vokasional ≥2.67, Kompeten Semua Modul Vokasional & Lulus Sejarah 1251.

Pelajar dan salah seorang ibu bapa adalah warganegara Malaysia

Syarat-Syarat Umum Penajaan yang telah ditetapkan dalam Dasar Penajaan sepertimana kelulusan Majlis MARA iaitu:-

  • Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa berketurunan Melayu/Bumiputera dan Warganegara Malaysia.
  • Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA. Penajaan tidak diberikan kepada pengajian di peringkat pengajian yang sama.
  • Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat yang sama (double sponsor).
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan atau pinjaman oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin yang menyalahi undang-undang negara dan tidak mempunyai rekod jenayah.
  • Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
Image
*BPP (Bahagian Penganjuran Pelajaran)
Kepada pelajar yang cukup syarat boleh melayari laman web MYEDULOAN MARA untuk mengisi borang permohonan pinjaman MARA.
 
Ibu bapa dan pelajar boleh merujuk fail ini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut. Klik pada icon di bawah:
TATACARA PERMOHONAN PINJAMAN MARA MELALUI SISTEM MYEDULOAN
Ibu bapa dan pelajar boleh memuat turun fail di bawah untuk permohonan. Klik pada icon di bawah:

2. PERMOHONAN TAJAAN PTPTN

SPM - Minima 3 kepujian dan berdasarkan syarat kelayakan masuk ke program Diploma yang ditawarkan di KPTM. 

Sijil IPTA / IPTS – Mendapat CGPA 3.00 ke atas.

Pelajar adalah warganegara Malaysia.

Pelajar WAJIB mempunyai dokumen berikut sebelum membuat permohonan online PTPTN, jika tiada pelajar tidak dapat mengisi permohonan secara online.

  1. No Pin PTPTN (BSN – RM5)
  2. Akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (buka di kaunter PTPTN diseluruh Negara– RM20)
  3. Akaun Bank Islam (BIMB) Sahaja
Pelajar boleh melayari laman web PTPTN untuk maklumat lanjut.
 

QUICK LINK

Video Tatacara Pendaftaran Pinjaman MARA

Video Tatacara Kemaskini Maklumat Pinjaman MARA

#kptmopenday #kuptmopenday #staysafe