Bengkel Penulisan Berita dan Rencana Penerbitan Buletin

Bengkel Penulisan Berita dan Rencana Penerbitan Buletin


22 September 2020, Selasa
– Jawatankuasa Penerbitan Buletin KPTM telah mengajurkan satu program yang bertajuk “ Bengkel Penulisan Berita dan Rencana Penerbitan Buletin” yang disampaikan oleh Tuan Haji Ainol Amriz bin Ismail selaku penceramah . Program ini telah diadakan di Dewan Bunga Mawar, Kolej Poly-Tech MARA Ibu Pejabat dan berlangsung selama satu hari.

Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan turut hadir sama ialah Encik Sahidi bin Yaakob, Pengarah Kanan Sumber Manusia dan Encik Mohamed Saifuddin bin Husssin, Pengarah Kanan Jabatan Perancang Korporat.

Seramai 23 orang peserta terdiri daripada Ahli dan penyelaras cawangan Jawatankuasa Penerbitan Buletin serta penolong pengarah bahagian pemasaran telah menyertai program ini.

Perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Encik Sahidi bin Yaakob, Pengarah Kanan Sumber Manusia.

Semoga program ini dapat membantu memantapkan lagi penulisan dan gaya bahasa dalam penerbitan buletin yang akan datang.