Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia 2022

 


27 Mac 2022 (Ahad)
- Yayasan Pendidikan Nasional (PRIHATIN) telah mengadakan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) di peringkat zon utara di Dewan Tunku Putra Kuala Nerang, Kedah. Program ini telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Hj. Azhar bin Ahmad, Ahli Dewan Negara mewakili Menteri Pembangunan Luar Bandar.

JPKM 2022 ini merupakan inisiatif & Program Khas YAB Perdana Menteri dalam membuka peluang kepada akses pendidikan tinggi negara kepada seluruh masyarakat terutama penduduk di kawasan pedalaman ataupun Luar bandar.

Turut hadir dalam program ini adalah YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA.

#KPLB #MARA #KPTM #KUPTM #JPKM22