6 Januari 2021, Rabu - Jabatan Sumber Manusia KPTM Ibu Pejabat telah menganjurkan Majlis Perjumpaan YBhg. Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB bersama ahli pengurusan KPTM dan KUPTM di Dewan Bunga Mawar, KPTM Ibu Pejabat.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YBrs. Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, Encik Abdul Azmi bin Abdul Aziz Timb. Presiden Akademik, Encik Mohd Sahidi bin Yaakob, Timb. Presiden Hal Ehwal Pelajar, Prof. Dr. Darulihsan bin Abd Hamid, Naib Canselor KUPTM Kuala Lumpur, Ahli-Ahli Pengurusan Tertinggi KPTM dan KUPTM serta semua Pengarah kampus cawangan KPTM.
Dalam majlis ini, Pengerusi KPTMSB dan Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB telah memberikan ucapan dan amanat Tahun Baharu 2021 sebagai titik permulaan untuk KPTM terus melangkah lebih maju pada tahun ini.
Selain itu, beberapa penyampaian sijil telah diberikan dalam majlis ini iaitu:
- Sijil MyQuest 6 Bintang serta Pengiktirafan MARA Ecosystem Standard (MQS) : KPTM Kuantan.
- Sijil MyQuest 5 Bintang : KPTM kampus Bangi, Kota Bharu, Ipoh, Batu Pahat dan Alor Setar.
- Sijil MyQuest 4 Bintang : KPTM kampus Semporna.
- Sijil Anggota Kerja Terbaik Bulanan KPTM Ibu Pejabat bagi bulan Ogos dan September tahun 2020 : Encik Syed Khairi Azaimi bin Syed Abdullah dan Encik Muhammad Hanafi bin Ghazali.
- Cenderamata Staf yang akan bersara pada Januari 2021 : Puan Noor Asiah binti Abas.
Tahniah kepada semua penerima sijil pada hari ini. Semoga KPTM akan terus maju pada Tahun 2021.