KPTM News

Lawatan YB Menteri KPLB Ke KUPTM Kuala Lumpur

Lawatan YB Menteri KPLB Ke KUPTM Kuala Lumpur


22 Disember 2020, Selasa - Kolej Universiti Poly-Tech MARA (KUPTM) Kuala Lumpur telah berbesar hati menerima lawatan daripada YB. Datuk Dr. Abd. Latiff bin Ahmad, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Lawatan ini telah disambut baik oleh Datuk Dr. Roziah binti Omar, Pengerusi KPTMSB, Encik Mohd Nazri bin Mohd Deni, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, Encik Nordin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB serta Pengurusan Tertinggi KPTM dan KUPTM.

Lawatan ini merupakan lawatan pertama YB Menteri ke KUPTM bagi meninjau dan melihat persekitaran dan fasiliti yang ada di KUPTM. Di samping mendapatkan info berkaitan dengan operasi dan juga akademik di KUPTM.

Pihak Pengurusan Tertinggi KPTM dan KUPTM mengucapkan sekalung penghargaan terima kasih kepada YB Menteri di atas keprihatinan beliau meluangkan masa untuk melawat KUPTM.