KPTM News

Previous Next

YB DATUK SERI JALALUDDIN ALIAS RASMI KARNIVAL IPMA NEGERI SEMBILAN 2024


22 Julai 2024, Isnin
- Exco Kanan Kemajuan Desa, Perladangan dan Komoditi, Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup, YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, hari ini merasmikan Karnival Pendidikan Institusi MARA (IPMA) Negeri Sembilan 2024, di Palm Mall, Seremban.

Usai perasmian, YB Datuk Seri Jalaluddin meluangkan masa untuk acara walkabout ke booth-booth pameran yang terlibat dalam Karnival IPMA Negeri Sembilan 2024.

Antara yang hadir dalam majlis ini ialah YB Dato' Mohd Zaidy bin Abdul Kadir,  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jeram Padang, Jempol, En. Abdul Manab bin Abdul Majid, Pengarah Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA, En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd., En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan KPTMSB, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, Ketua Pegawai Operasi KPTMSB, Prof Madya Dr. Nizam bin Mohd Jali, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM).

 

 

Previous Next

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM INDUKSI PELAJAR BAHARU SESI JULAI 2024


21 Julai 2024, Ahad
- Satu majlis perasmian penutup bagi program induksi pelajar baharu Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) bagi sesi Julai 2024, telah diadakan di KPTM Batu Pahat hari ini. Seramai 5,496 pelajar baharu sesi Julai menghadirkan diri dalam majlis ini yang diadakan secara atas talian bagi kampus cawangan dan bersemuka di KPTM Batu Pahat.

Antara agenda yang diadakan ialah ucapan aluan Pengarah KPTM Batu Pahat, Cik Hairunnida binti Mansor, yang merupakan tuan rumah bagi majlis penutup program induksi KPTMSB 2024, ucapan dan perasmian yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif KPTM Sdn. Bhd., En Radzuan bin Razali, bacaan ikrar pelajar serta persembahan tarian oleh pelajar KPTM Batu Pahat.

Antara yang hadir pada majlis ini ialah Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En Mohamed Saifuddin bin Hussin, pengarah-pengarah kolej kampus cawangan secara atas talian, barisan pengurusan dan staf KPTM Batu Pahat.

Terdahulu, pelajar baharu sesi Julai ini turut didedahkan dengan kefahaman berkaitan kenegaraan Malaysia melalui ceramah oleh penceramah Akademi Kenegaraan Malaysia, Mohd Zuraimy bin Yaakob.



Previous Next

SUKHAT 2024: PUPUK SEMANGAT SUKAN & GAYA HIDUP SIHAT STAF IBU PEJABAT KPTM


12 Julai 2024, Jumaat 
- Kelab Kebajikan & Sukan Kakitangan Ibu Pejabat Kolej Poly-Tech MARA (KPTMHQ) menganjurkan Sukan Sihat (SUKHAT) Ibu Pejabat KPTM 2024 bertempat di sekitar kawasan Ibu Pejabat KPTMSB.

SUKHAT 2024 menyaksikan sebanyak lapan kumpulan besar yang menggandingkan semua staff Ibu Pejabat KPTMSB, bertanding di dalam empat acara sukan iaitu bola tampar, ping pong, karom dan congkak.
SUKHAT membuka tirai acara dengan aktiviti pemanas badan iaitu senam aerobik diketuai oleh pelajar Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di lobi ibu pejabat. Acara diteruskan dengan pertandingan bola tampar campuran Lelaki dan Wanita, seterusnya tiga lagi pertandingan yang diadakan secara indoor.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah yang diadakan di Dewan Mawar, telah disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, YBhg. Encik Radzuan bin Razali, diiringi oleh Pengarah Kanan Jabatan Sumber Manusia, Encik Mohd Yusoff bin Mat Ali, serta ahli pengurusan kanan KPTMSB.

Berikut adalah anugerah yang disampaikan kepada para pemenang:
Juara Keseluruhan: Netherlands
Naib Juara: Italy
Ketiga: Germany
Keempat: Turkiye
Saguhati: England
Saguhati: France
Saguhati: Portugal
Saguhati: Spain

Pemain Sangat Aktif: Mohd Fazli bin Mohd Salehuddin
Pemain Veteran Versatile: Bachtiar Juwinda bin Haron
Pemain Lelaki Terbaik: Mohd Nor Adha bin Mohd Tahir
Pemain Wanita Terbaik: Noor Azlia binti Ahmad
"Manager" Berkaliber: Noor Afiq Hidayat bin Abdullah

Semoga SUKHAT yang berlangsung kali ini, menjadi pemangkin untuk mengekalkan gaya hidup sihat staff ibu pejabat KPTMSB, seterusnya membentuk suasana pekerjaan yang harmoni dan kondusif seiiring dengan ucapan Ketua Pegawai Eksekutif agar semua staff mampu untuk yang berdaya saing dan terus utuh menjadi aset penting kepada pembangunan KPTMSB.


Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT MARA, MARACORP DAN KPTM SDN. BHD. KE MRANTI CORPORATION SDN. BHD.


12 Julai 2024, Jumaat – Delegasi Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation dan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke Mranti Corporation Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengadakan perbincangan bagi mendapatkan sokongan ke atas cadangan menempatkan kampus Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Teknologi Park Malaysia. Ini bagi memberikan peluang pendidikan yang lebih baik, dengan disokong oleh persekitaran yang kondusif dan inovatif.

Perbincangan diketuai Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari MARA, En. Halmishahril bin Ahmad Jamir.

Turut hadir bersama di dalam perbincangan tersebut adalah wakil Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA, wakil MARA Corp iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MARA Corp, En. Rahimi bin Ramli dan Puan Nazli Hani binti Saat (Pengarah, GCL&S) manakala di pihak KPTMSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Radzuan bin Razali, bersama-sama dengan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat (JPK), En. Mudzir bin Mohamad, Timbalan Pengarah JPK, En. Md Hanafizah bin Ya’acob dan Ketua Penolong Pengarah JPK, Pn. Hazmizar binti Abd. Halim.

Semoga langkah permulaan ini akan memberikan impak yang positif sebagai satu komitmen UPTM/KPTM dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar anak bangsa.