KPTM News

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT : PELUANG PENDIDIKAN DENGAN FASILITI KAMPUS YANG LEBIH BAIK


11 Julai 2024, Khamis
– Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini, menerima kunjungan hormat daripada YBhg. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid, di ibu pejabat KPTM.

Kunjungan YBhg. Dato’ Seri Mahdzir disambut Pengerusi KPTMSB, YB Dato’ Haji Shamshulkahar bin Haji Mohd Deli, bersama Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB, En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Perkhidmatan Perniagaan, En. Mohd Sahidi bin Yaakob, Ketua Pegawai Operasi, En. Mohamed Saifuddin bin Hussin, Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat, En. Mudzir bin Mohamad dan Timbalan Pengarah Jabatan Perancangan Korporat, En. Md Hanafizah bin Ya’acob.

Antara agenda dalam kunjungan hormat ini ialah perbincangan menyediakan peluang pendidikan dengan fasiliti kampus yang lebih baik, terutamanya untuk pelajar-pelajar KPTM Alor Setar.

YB Dato’ Seri yang juga mantan Menteri, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), sebelum ditukar nama ke Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), memuji perkembangan pendidikan terkini di KPTM dan KPTM adalah termasuk di dalam perancangan pembangunan dan naik taraf sewaktu beliau memegang jawatan tersebut.

 

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT KOLEJ-POLY-TECH MARA KE KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


5 Julai 2024, Jumaat
- Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) membuat kunjungan hormat ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Putrajaya.

Kunjungan yang berlangsung di pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad ini, disertai Dr. Wan Muhammad Adam bin Wan Norudin, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan En  Saifulkahar bin Shariff, Pengarah Jabatan Pendidikan Berterusan.

Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan sebagai mencari peluang kerjasama antara KPTMSB dan KESUMA di dalam program latihan dan kursus jangka pendek.