5 Julai 2024, Jumaat - Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) membuat kunjungan hormat ke Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Putrajaya.
Kunjungan yang berlangsung di pejabat Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Abdul Rahman bin Mohamad ini, disertai Dr. Wan Muhammad Adam bin Wan Norudin, Ahli Lembaga Pengarah KPTMSB, En. Radzuan bin Razali, Ketua Pegawai Eksekutif KPTMSB dan En Saifulkahar bin Shariff, Pengarah Jabatan Pendidikan Berterusan.
Kunjungan ini bertujuan mengadakan sesi perbincangan sebagai mencari peluang kerjasama antara KPTMSB dan KESUMA di dalam program latihan dan kursus jangka pendek.