KPTM News

Previous Next

KUNJUNGAN HORMAT MARA, MARACORP DAN KPTM SDN. BHD. KE MRANTI CORPORATION SDN. BHD.


12 Julai 2024, Jumaat – Delegasi Majlis Amanah Rakyat (MARA), MARA Corporation dan Kolej Poly-Tech MARA Sdn. Bhd. (KPTMSB) hari ini telah membuat kunjungan hormat ke Mranti Corporation Sdn. Bhd., di Kuala Lumpur.

Kunjungan hormat ini bertujuan mengadakan perbincangan bagi mendapatkan sokongan ke atas cadangan menempatkan kampus Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) di Teknologi Park Malaysia. Ini bagi memberikan peluang pendidikan yang lebih baik, dengan disokong oleh persekitaran yang kondusif dan inovatif.

Perbincangan diketuai Pengarah Bahagian Pelaburan dan Pembangunan Subsidiari MARA, En. Halmishahril bin Ahmad Jamir.

Turut hadir bersama di dalam perbincangan tersebut adalah wakil Bahagian Pengurusan Aset dan Perolehan MARA, wakil MARA Corp iaitu Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan MARA Corp, En. Rahimi bin Ramli dan Puan Nazli Hani binti Saat (Pengarah, GCL&S) manakala di pihak KPTMSB diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, En. Radzuan bin Razali, bersama-sama dengan Pengarah Kanan Jabatan Perancangan Korporat (JPK), En. Mudzir bin Mohamad, Timbalan Pengarah JPK, En. Md Hanafizah bin Ya’acob dan Ketua Penolong Pengarah JPK, Pn. Hazmizar binti Abd. Halim.

Semoga langkah permulaan ini akan memberikan impak yang positif sebagai satu komitmen UPTM/KPTM dalam memberikan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar anak bangsa.